Exploring Coastal Communities in SPU
Jiwa Pesisir, Rezeki Alam, Warisan Silam
Sebagai daerah paling utara di tanah besar Pulau Pinang, Seberang Perai Utara (SPU) merupakan kawasan yang kaya dengan khazanah warisan hidup dan telah didiami sejak 5,000 tahun dahulu.
Dipayungi aliran Sungai Muda hingga ke pesisir barat, kawasan ini menjadi tempat masyarakat desa terus bergantung pada rezeki alam, sama ada daripada kebun nipah, hutan bakau, sawah padi mahupun hasil laut.
Terokai penempatan prasejarah, naiki bot nelayan untuk menyaksikan burung pantai, nikmati keindahan senja di sawah, serta rasai sendiri kehangatan pasar tempatan. Ayuh, selami jiwa dan kehidupan pesisir SPU!